Aspirasi
penubuhan ANas Center - Untuk Insan Cemerlang dicetuskan bagi memenuhi keperluan umat Islam
setempat yang ingin mempelajari Al Quran bermula dengan peringkat yang paling
asas. Kami juga menyediakan perkhidmatan pengajian Al Quran dan Fardu Ain untuk semua
peringkat umur dewasa dan kanak-kanak termasuk Mualaf (secara percuma). Sistem pembelajaran yang digunakan
adalah menggunakan kaedah tradisional iaitu ‘bertalqqi dan musyafahah’ iaitu
‘Satu Guru Satu Murid’. Walaupun keadaan pembelajaran dijalankan dalam kumpulan, tetapi guru tetap memberikan penelitian kepada setiap seorang pelajar. Kaeadah ini telah diamalkan semenjak zaman Rasulullah
s.a.w lagi di mana kaedah penyampaian berhadapan guru dan murid dan dari mulut
ke mulut. Pembelajaran terdiri daripada
penggunaan buku Talaqqi REHAL, seterusnya bacaan Juzuk 30 bagi surah-surah pendek dan seterusnya membaca Al Quran di Juzuk 1. Selain memberikan penerangan detail asas sebutan
makhraj, pembacaan bertajwid dan penekanan kepada makna perkataan juga akan didedahkan
kepada para pelajar.
MISI
Ibadah
& Pendidikan Al Quran Sepanjang Hayat
VISI
Melahirkan
individu yang berkualiti di dunia dan akhirat
Objektif PIA
1) Memberi
peluang untuk belajar membaca al–Quran dari zero.
2) Memberi
peluang belajar bahasa syurga yang mudah.
3)
Mendampingi Al-Quran dan panduan dalam kehidupan.
4)
Memberikan kefahaman Fardu Ain dan kesempurnaan dalam ibadah.
No comments:
Post a Comment